kenal-kenal

assalamualaikum.
I'm new. Well I mean really fresh newbie. Merangkak-merangkak lagi dengan mengarang cerita, mohon tunjuk ajak mana-mana salah tu ya.
thanks.

Wednesday 8 February 2012

#4

Jiya memandang siling biliknya. Badan dipusingkan ke kanan dan kiri. Kemudian dia menekupkan mukanya dengan bantal.


Argh!


Sarah yang dari tadi melihat keletah roommate dia yang memang dari kelmarin agak sewel tercengang.


“Jiya, seriously kau okay ke tak?


Sarah menutup buku Anatomy yang setebal 2 inci.


“Sarah..” Seru Jiya sambil memandang siling.


“Yaaa.” Sarah turut mendongak memandang siling. Muka aku dengan siling jauh berbeza. 


“Kau sure kita bukan dekat Camelot?” 


Nahhh. Keluar dah soalan sewel dia tu.


Sarah berdiri mengampiri katil Jiya, ditarik tangan kawannya supaya bangun daripada baringan.


“Jiya.”


“Hmm.”


“Kau kenal aku?” Harus main Physic dengan budak bertuah ni.


“Kenal. Kau Sarah.”


“Muka aku ada macam Lady Morgana tak?”


Jiya pandang Sarah dengan serius. Dia menelek wajah sahabatnya dengan teliti.


“Tak.”


“Kau ada nampak sesiapa dekat sini muka macam Prince Arthur?”


Jiya melopong memandang Sarah.


“Kau tahu macam mana?” Jiya dah buat muka excited.


“Badan dia tak sasa macam Arthur, right?”


“Ya, ya!”
“Kau first time jumpa dia kelmarin?”


“Sarah… akhirnya! Kau memahami aku!” Jiya memeluk syahdu sahabatnya.


“Kau kenal dia?” Jiya bertanya sambil meleraikan pelukan.


“Kenal la jugak.” Sarah menggaru kepalanya yang tak gatal.


“Siapa weh?”


“Aril.”


“Huh? Aku dengar dia cakap nama dia Arthur, aku mesti dah gila kan.” Jiya melopong dan tersengih 
menyatakan ayat akhir.


“Tapi, dia bukan student sini.”


“Habis tu? Student ceruk mana pulak? Dah aku nampak dia kat sini?”


Sarah menyilangkan kedua-dua tangannya. 


“Jiya, aku tak bagitahu sesiapapun pasal ni. Tapi memandangkan kau dah gila sangat dengan Arthur kau tu. Aku terpaksa bagitahu, takut lain jadinya.”


Jiya cuak. Apasal Sarah cakap macam ni?


“He’s actually…”


..menyesal aku putuskan kamu~ zzzz
Telefon bimbit Jiya berbunyi.


Mama.


Jiya menekup mulutnya, habislah dia kali ni.


“Sarah, nanti kau cerita dekat aku ya. Mama call.”


Jiya keluar dari bilik dan menjawab panggilan itu.


“Assalamualaikum mama.” Laju-laju Jiya menyapa.


“Waalaikumussalam.” Kedengaran sudah aura membunuh.


“Sorry, ma. Bukan taknak balik and bukan tak rindu mama dan papa serta adik. Tapi seriously assignments menimbung and..”


“Mama tak cakap apa pun?” 


Jiya terngadah. Dia pandang semula skrin Samsung Galaxy S II, ini memang mama. Kenapa mama tak marah eh? Sudah 2 bulan tak balik even rumah sweet aku tu dekat KL juga. 


“Jadi, kenapa mama call?” Selepas bertanya soalan itu, Jiya menepuk perlahan dahinya. Takkan mak tak boleh telefon anak kot?


“Takkan mama tak boleh telefon puteri mama yang satu ni?”


Jiya mengetap bibir, yalah yalah. My bad.


“Maafkan Jiya, ma. Tahu banyak buat salah, lama tak balik macam orang duduk London jauhnya. Maaf, ma.”
Tiba-tiba rasa macam anak derhaka pula. 


“Esok balik boleh?”


Jiya terdiam mendengar soalan itu. Mama tak cakap pun -it’s okay mama faham sangat anak mama ni-. Mama seriously marah?


“Boleh!” laju dan bersemangat.


Takut, mama dah tak terima balik rumah lagi. Sob sob sob.


“Beli hadiah untuk adik. Adik marah dekat Jiya sebab lama tak contact and balik. Like seriously. Bukan main-main ya, Lisa Najiya.”


“Okay.”


Banyaknya salahku. Itulah kau, siapa suruh tak balik?
Adam Najmi, kakak minta sorry.

Saturday 28 January 2012

#3

“Lisa Najiya!”
Jiya tersentak.
“Damien?”
“Jiya, teman saya lunch. Got no friends right now.” Damien senyum ala-ala prince charming.
“Kau memang fail kan Bahasa Melayu?! Aku bagitahu ke tak yang aku tak nak cakap dengan kau lagi? Ha?!”
“Tak.”
Jiya tertunduk. Eh tak ye. Aku tak bagitahu lagi. Aisehman.
“Damien, listen… aku..” Jiya berhenti.
Tu! Tu! Belakang Damien, Prince Arthur!
“Jiya?” Damien melambai-lambai tangan.
“Tepi!” Jiya tolak Damien tepi dan berlari menuju Prince Arthur.
Aku kena pastikan yang tu bukan Prince Arthur, kalau tak boleh gila aku dibuatnya.
“Awak yang pakai sneakers merah!” Laung Jiya.
Si-awak-yang-pakai-snakers-merah aka Prince Arthur berpaling. Kemudian dia berpusing ke kiri dan kanan, mungkin meragukan si perempuan di hadapannya sekarang ini. Dia panggil aku kan?
“Ya awak.” Jiya menghampiri mamat itu dan berdiri betul-betul depan dia.
“Saya kenal awak ke?” Lelaki itu terus bertanya. Sungguh dia tak boleh nak recall perempuan depan dia ni. Confirm, aku tak kenal.
“Tak. Awak tak kenal saya. Saya pun tak kenal awak.” Jiya berkata perlahan.
Aku dah boleh menggagak kerja bodoh yang akan dilaksanakan. Mamat depan ni seriously bukan Prince Arthur, Jiya sayang hoi. How can dia cakap Melayu fasih dan lancar je?
“So?” Lelaki itu angkat kening.
“So..rry.” Jiya berkata laju lalu berpaling dan meneruskan langkah. Dia memegang kedua-dua belah pipinya. Hangat. Malu.
“Wait.” Lelaki itu menghalangnya di hadapan.
“Saya cakap sorry, sorry la. Salah orang.” Jiya mula panas. Okay sebenarnya nak cover malu.
“No, it’s okay. Cuma, awak yang langgar saya kelmarin?”
Dia senyum.
Jiya pandang wajah lelaki di depan itu tajam-tajam.
“Hahh. Are you kidding me? Awak yang langgar saya kot.” Jiya memerlahankan suara menyebut ‘kot’.
Lelaki itu gelak kecil.
“Dah tepilah. Salah orang buat apa nak panjangkan cerita?” Jiya berlalu pergi.
“Nama saya Aril, by the way!” Dia laung nama dia di tengah-tengah makhluk yang ramai itu. Kebetulan, masa tu jugak pakcik tukang kebun memulakan misi mesin rumput. Agak tak dengarlah apa nama dia.
What? Nama dia Arthur?
Jiya pusing belakang. Aril senyum.
“I must be crazy.” Jiya melangkah pergi dari kelompok yang ramai itu.

#2

Jiya menyangkut sling bag belakang pintu. Dia menggeleng perlahan kepalanya. Sangat tak mungkin itu Prince Arthur dalam Merlin. Sangat tidak masuk akal.
Tapi, muka dia memang sebijik sama!
Dan, di senyum dekat aku?
“Impossible!!” Jerit Jiya kuat-kuat dalam bilik.
“Weh!” Sarah hempuk kepala Jiya dengan bantal.
Jiya menggosok kepalanya. Argh sakitlah.
“Eh Sarah, Sarah!” Jiya tarik tangan Sarah dan duduk atas katil.
Jiya duduk bersila. Muka dah bercahaya gila nak cerita dekat Sarah.
“Eh kau ni kenapa? Dahla tadi terjerit macam orang takde akal, sekarang ni kau tarik aku. Apesal?” Sarah tarik hidung Jiya.
“Aku macam dah takde akal kot.”
Sarah terlopong.
“Bengong la kau ni.”
“Sarah listen. Kita sekarang ni dekat UM kan? Kan?”
“Yelah. Mana lagi.”
“UM that stands for Universiti Malaya?”
“Dah habis tu? Ungkapan menarik?” Sarah buat lawak bodoh.
“Bukan dekat Camelot?” Jiya terbayang-bayangkan Prince Arthur tadi.
“Camelot hamende lah kau ni! Kau ingat ni Merlin and the gang ke?” Sarah pegang kedua-dua belah pipi Sarah.
“Sedar sikit okay. Kau tak tidur ke semalam? Assignment banyak eh?” Sarah memandang redup Jiya. Bukan boleh buat kira Jiya ni, kadang-kadang 2 hari tak tidur. Memang hobi dia bukan tidur kot.
Jiya ala-ala tersedar dari lamunan gitu. Eh yelah, aku tak tidur semalam. So mungkinlah Prince Arthur tu khayalan je.
Dia ambil keputusan mendiamkan hal itu daripada Sarah. Nanti Sarah kata aku apa pulak.
“Yelah Sarah, aku tak tidur semalam. Okay goodnite.” Jiya tolak Sarah sampai jatuh katil dan baring serta menyelimutkan badannya.
Sarah mengelipkan mata tidak percaya Jiya boleh poyo macam ni.
“Jiya, Jiya.” Sarah panggil perlahan.
Malangnya, dah nyenyak masuk alam mimpi.
Sarah menggeleng kepala. Apa-apa jelah kau Jiya.

#1

Jiya mengusap perutnya. Berkeroncong la pulak! Laparnya. Harus pergi mengisi perut dulu, boleh mati kalau seharian aku tak makan macam ni. Langkah dilajukan menuju cafeteria blok B, ha kalau nak tahu makanan kafe blok B paling best! Ikan keli goreng cili api sudah menari-nari di mata. Kecur air liur dibuatnya.
“Jiya!”
Jiya toleh tepi. Damien?
“Kau nak apa?”
“Nak pergi mana?”
Jiya tarik muka. Orang tanya dia, dia tanya orang. Haih.
“Kau sibuk apesal?” Jiya meneruskan langkahnya dan tidak mengiraukan Damien.
“Jiya, aku tanya ni.” Damien menghalangnya di hadapan.
Jiya mengelak ke kanan dan terus pergi.
Damien mengeluh. Marah lagi ke?
‘Ceh konon! Buat-buat tanya. Gila punya orang. Tadi bukan main marah aku sebab tak dapat siapkan assignment. Bukan aku sengaja kot. Demam 3 hari 3 malam. Tidur je la jawapnya.’ Jiya membebel perlahan.
Buk!
Jiya berlanggar bahu dengan seorang lelaki.
“Kau ni kenapa pulak langgar aku?”
Angin satu badan! Dengan laparnya, ditambah Damien bengong tadi tu. Mana tak nak marah orang je kerja.
“Sorry tak sengaja.” Lelaki itu usap perlahan belakang lehernya. Dia tahu, dia tidak salah. Tapi malas nak memanjangkan cerita. Cukuplah.
“Takpe, aku maafkan.” Haha. Gila sempoi Jiya.
‘Apasal la macam banyak je halangan aku menuju ikan keli ni? Dugaan!’ Jiya membebel lagi.
Tapi? Kenapa mamat tadi tu macam pernah nampak ar?
Macam..
Eh takkanlah kan.
Tapi?
Jiya pusing belakang sekali lagi untuk melihat wajah lelaki itu.
Lelaki itu masih di situ turut memandangnya.
Prince Arthur?!

crawling.

assalamualaikum.
I'm new. Well I mean really fresh newbie. Merangkak-merangkak lagi dengan mengarang cerita, mohon tunjuk ajak mana-mana salah tu ya.
thanks.