kenal-kenal

assalamualaikum.
I'm new. Well I mean really fresh newbie. Merangkak-merangkak lagi dengan mengarang cerita, mohon tunjuk ajak mana-mana salah tu ya.
thanks.

Wednesday 8 February 2012

#4

Jiya memandang siling biliknya. Badan dipusingkan ke kanan dan kiri. Kemudian dia menekupkan mukanya dengan bantal.


Argh!


Sarah yang dari tadi melihat keletah roommate dia yang memang dari kelmarin agak sewel tercengang.


“Jiya, seriously kau okay ke tak?


Sarah menutup buku Anatomy yang setebal 2 inci.


“Sarah..” Seru Jiya sambil memandang siling.


“Yaaa.” Sarah turut mendongak memandang siling. Muka aku dengan siling jauh berbeza. 


“Kau sure kita bukan dekat Camelot?” 


Nahhh. Keluar dah soalan sewel dia tu.


Sarah berdiri mengampiri katil Jiya, ditarik tangan kawannya supaya bangun daripada baringan.


“Jiya.”


“Hmm.”


“Kau kenal aku?” Harus main Physic dengan budak bertuah ni.


“Kenal. Kau Sarah.”


“Muka aku ada macam Lady Morgana tak?”


Jiya pandang Sarah dengan serius. Dia menelek wajah sahabatnya dengan teliti.


“Tak.”


“Kau ada nampak sesiapa dekat sini muka macam Prince Arthur?”


Jiya melopong memandang Sarah.


“Kau tahu macam mana?” Jiya dah buat muka excited.


“Badan dia tak sasa macam Arthur, right?”


“Ya, ya!”
“Kau first time jumpa dia kelmarin?”


“Sarah… akhirnya! Kau memahami aku!” Jiya memeluk syahdu sahabatnya.


“Kau kenal dia?” Jiya bertanya sambil meleraikan pelukan.


“Kenal la jugak.” Sarah menggaru kepalanya yang tak gatal.


“Siapa weh?”


“Aril.”


“Huh? Aku dengar dia cakap nama dia Arthur, aku mesti dah gila kan.” Jiya melopong dan tersengih 
menyatakan ayat akhir.


“Tapi, dia bukan student sini.”


“Habis tu? Student ceruk mana pulak? Dah aku nampak dia kat sini?”


Sarah menyilangkan kedua-dua tangannya. 


“Jiya, aku tak bagitahu sesiapapun pasal ni. Tapi memandangkan kau dah gila sangat dengan Arthur kau tu. Aku terpaksa bagitahu, takut lain jadinya.”


Jiya cuak. Apasal Sarah cakap macam ni?


“He’s actually…”


..menyesal aku putuskan kamu~ zzzz
Telefon bimbit Jiya berbunyi.


Mama.


Jiya menekup mulutnya, habislah dia kali ni.


“Sarah, nanti kau cerita dekat aku ya. Mama call.”


Jiya keluar dari bilik dan menjawab panggilan itu.


“Assalamualaikum mama.” Laju-laju Jiya menyapa.


“Waalaikumussalam.” Kedengaran sudah aura membunuh.


“Sorry, ma. Bukan taknak balik and bukan tak rindu mama dan papa serta adik. Tapi seriously assignments menimbung and..”


“Mama tak cakap apa pun?” 


Jiya terngadah. Dia pandang semula skrin Samsung Galaxy S II, ini memang mama. Kenapa mama tak marah eh? Sudah 2 bulan tak balik even rumah sweet aku tu dekat KL juga. 


“Jadi, kenapa mama call?” Selepas bertanya soalan itu, Jiya menepuk perlahan dahinya. Takkan mak tak boleh telefon anak kot?


“Takkan mama tak boleh telefon puteri mama yang satu ni?”


Jiya mengetap bibir, yalah yalah. My bad.


“Maafkan Jiya, ma. Tahu banyak buat salah, lama tak balik macam orang duduk London jauhnya. Maaf, ma.”
Tiba-tiba rasa macam anak derhaka pula. 


“Esok balik boleh?”


Jiya terdiam mendengar soalan itu. Mama tak cakap pun -it’s okay mama faham sangat anak mama ni-. Mama seriously marah?


“Boleh!” laju dan bersemangat.


Takut, mama dah tak terima balik rumah lagi. Sob sob sob.


“Beli hadiah untuk adik. Adik marah dekat Jiya sebab lama tak contact and balik. Like seriously. Bukan main-main ya, Lisa Najiya.”


“Okay.”


Banyaknya salahku. Itulah kau, siapa suruh tak balik?
Adam Najmi, kakak minta sorry.

No comments:

Post a Comment