kenal-kenal

assalamualaikum.
I'm new. Well I mean really fresh newbie. Merangkak-merangkak lagi dengan mengarang cerita, mohon tunjuk ajak mana-mana salah tu ya.
thanks.

Saturday 28 January 2012

#2

Jiya menyangkut sling bag belakang pintu. Dia menggeleng perlahan kepalanya. Sangat tak mungkin itu Prince Arthur dalam Merlin. Sangat tidak masuk akal.
Tapi, muka dia memang sebijik sama!
Dan, di senyum dekat aku?
“Impossible!!” Jerit Jiya kuat-kuat dalam bilik.
“Weh!” Sarah hempuk kepala Jiya dengan bantal.
Jiya menggosok kepalanya. Argh sakitlah.
“Eh Sarah, Sarah!” Jiya tarik tangan Sarah dan duduk atas katil.
Jiya duduk bersila. Muka dah bercahaya gila nak cerita dekat Sarah.
“Eh kau ni kenapa? Dahla tadi terjerit macam orang takde akal, sekarang ni kau tarik aku. Apesal?” Sarah tarik hidung Jiya.
“Aku macam dah takde akal kot.”
Sarah terlopong.
“Bengong la kau ni.”
“Sarah listen. Kita sekarang ni dekat UM kan? Kan?”
“Yelah. Mana lagi.”
“UM that stands for Universiti Malaya?”
“Dah habis tu? Ungkapan menarik?” Sarah buat lawak bodoh.
“Bukan dekat Camelot?” Jiya terbayang-bayangkan Prince Arthur tadi.
“Camelot hamende lah kau ni! Kau ingat ni Merlin and the gang ke?” Sarah pegang kedua-dua belah pipi Sarah.
“Sedar sikit okay. Kau tak tidur ke semalam? Assignment banyak eh?” Sarah memandang redup Jiya. Bukan boleh buat kira Jiya ni, kadang-kadang 2 hari tak tidur. Memang hobi dia bukan tidur kot.
Jiya ala-ala tersedar dari lamunan gitu. Eh yelah, aku tak tidur semalam. So mungkinlah Prince Arthur tu khayalan je.
Dia ambil keputusan mendiamkan hal itu daripada Sarah. Nanti Sarah kata aku apa pulak.
“Yelah Sarah, aku tak tidur semalam. Okay goodnite.” Jiya tolak Sarah sampai jatuh katil dan baring serta menyelimutkan badannya.
Sarah mengelipkan mata tidak percaya Jiya boleh poyo macam ni.
“Jiya, Jiya.” Sarah panggil perlahan.
Malangnya, dah nyenyak masuk alam mimpi.
Sarah menggeleng kepala. Apa-apa jelah kau Jiya.

No comments:

Post a Comment